Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan

Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan

Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan

Tular khabar angin di media sosial mendakwa Anwar Ibrahim telah mengambil alih pengimportan beras.

Modus operandi pengambilalihan dan mekanisme pengedaran logik tidak disebut.

Ada juga fitnah yang mendakwa Anwar sengaja membuat bekalan beras tempatan (SST) sukar diperolehi.



Ianya bagi membolehkannya mengaut keuntungan daripada harga runcit beras import (SSI) yang tinggi.

Mungkin khabar angin itu boleh dianggap sebagai fitnah yang tidak berasas.

Kerana BERNAS adalah satu-satunya pengimport dan ‘pengurus’ kerajaan yang diperuntukkan subsidi untuk beras.

Tiada organisasi boleh ditubuhkan dalam masa yang singkat untuk menirunya.



Namun, dengan usaha berterusan pemimpin PAS dan PN untuk tebuk atap dan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, ia tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Dr Mahathir mungkin akan menggandingkan isu beras dengan isu DNAA DS Zahid untuk mencetuskan keresahan awam.

Jangan lupa, rakyat yang lapar adalah rakyat yang marah.

Mengapa Dr Mahathir Di Lantik Sebagai Penasihat SG 4?

Khabar angin dari utara bertiup kencang bahawa Dr Mahathir akan bertanding di PRK parlimen Langkawi selepas ahli parlimen sekarang berundur.



Alasan yang diberikan adalah ahli parlimen sekarang mengalami masalah kesihatan yang menjejaskan rasional pemikiran beliau.

Tentu kita mesih ingat bagaimana beliau membuat beberapa ‘lawak jenaka’ semasa sedang berbahas di parlimen.

Sama ada ianya disengajakan atau tidak untuk memberikan persepsi beliau patut berundur, penulis tidak pasti.

Kerjasama Dr Mahathir dengan PAS telah membuka ruang untuk beliau dilantik sebagai penasihat SG 4.



Selepas mengkhianati UMNO dalam Muafakat Nasional, PAS sekali lagi mengkhianati sekutu mereka, PPBM, setelah menyedari Muhyiddin sudah kehilangan taring.

Sejak PAS berkerjasama dengan Dr Mahathir, parti tersebut dilihat sering menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu kerana sering menggunakan isu 3R dalam kempen mereka.

Masyarakat Melayu sudah mula melabelkan PAS sebagai Parti Anti Sultan dan dilihat sebagai juara fitnah.

Daim Zainuddin dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk menjatuhkan Anwar kerana siasatan SPRM ke atas beliau pada bulan Mei lepas.



Daim dikatakan mensasarkan untuk menjatuhkan Anwar dalam tempoh 6 bulan hingga satu tahun.

Bulan Disember adalah bulan ke 6 dalam perancangan beliau.

Perancangan awal adalah 15 ahli parlimen dijangka akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pilihanraya kecil.

Daim dikatakan bersetuju untuk membiayai segala perbelanjaan untuk tujuan tersebut.



Namun perancangan tersebut gagal selepas seorang demi seorang ahli parlimen tersebut bertukar fikiran.

Masalah Bekalan Beras

Kekurangan bekalan beras dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan emosi dan sentimen anti kerajaan di kalangan rakyat.

Ramai yang tidak tahu, masalah bekalan beras sebenarnya berpunca dari Dr Mahathir sendiri.

Jangan lupa, beliaulah yang telah menswastakan Lembaga Padi & Beras Negara (LPN) dan ditukarkan kepada BERNAS.

LPN telah diswastakan menjadi BERNAS dan disenaraikan pada tahun 1996 oleh kroni Daim

Shahidan Kasim adalah antara pemegang saham syarikat tersebut di mana kemudiannya BERNAS diambil alih oleh Syed Mokhtar.

Konsesi BERNAS sepatutnya sudah tamat, tetapi di era Ismail Sabri ianya diperbaharui, mungkin selepas mendapat arahan dari Muhyiddin Yasin.

PPBM pula didakwa telah mendapat imbuhan dari Yayasan Bukhairy.

Di mana sebagai imbuhannya, Muhyiddin didakwa mengembalikan semula status pengecualian cukai.

BERNAS mendapat manfaat yangb besar dari pengimportan beras berbanding dari penghasilan domestik.

Atas sebab itu, tidak pernah ada usaha yang serius untuk menggandakan hasil beras domestik.

Di bawah pentadbiran Dr Mahathir, industri penanaman padi domestik secara sistematik dianaktirikan.

Ianya disokong dengan kenyataan Menteri Pertanian di era beliau yang mendakwa bahawa industri penanaman padi adalah industri kelas dua.

BERNAS diberikan peranan untuk menguruskan subsidi ke atas harga beras tempatan untuk mengimbangi harga beras import yang lebih murah.

Dalam masa yang sama, pesawah diberikan sedikit bantuan dalam bentuk baja, racun dan benih.

Tetapi masalah rasuah dan ketirisan telah menyebabkan bantuan yang kecil itu menjadi semakin kecil apabila ianya sampai kepada pesawah.

Baja, racun perosak dan benih adalah berkualiti rendah.

Benih yang disediakan adalah klon yang berumur 50 tahun dengan hasil rendah.

Dalam sesetengah kes, pencatut membekalkan benih NAFAS yang dicampur dengan padi angin atau padi tanpa kandungan beras.

Mampukah Kerajaan Perpaduan Bertahan Dengan Kelaparan Dan Kemarahan Rakyat?

Bagi Syed Mokhtar, BERNAS adalah satu-satunya penyelamat empayer beliau yang tinggal.

Dipercayai beliau telah mengeluarkan dividen kira-kira RM1 bilion sejak tiga tahun lalu untuk membayar hutangnya.

Kekurangan beras tempatan telah menjadi kelebihan kepada BERNAS.

Mereka boleh keluar dari komitmen untuk berkongsi 30% daripada keuntungan pengimportan beras kepada petani yang dikenakan oleh Anwar.

Bekalan domestik beras tempatan dilaporkan hanya mampu menampung 62% dari keperluan.

Manakala BERNAS pula dikatakan hanya sanggup mengimport hanya 30% sebagai tambahan.

Ini bermakna bekalan beras tempatan dan import hanya mempu menampung kira-kira 92% sahaja dari keperluan sebenar.

Sekiranya angka yang dilaporkan itu benar, maka 4 juta penduduk Malaysia tidak akan mendapat bekalan beras.

Nasi adalah makanan ruji untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Keadaan ini sudah pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat dan mempersoalkan kredibiliti Kerajaan Perpaduan dalam menangani krisis makanan.

Inilah sebenarnya yang sedang dinantikan oleh Dr Mahathir yang kini mengetuai kumpulan tebuk atap.

Persoalannya, sekiranya mereka berjaya menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan menguasai Putrajaya, mampukah mereka menangani krisis ini?

Dan mampukah Kerajaan Perpaduan bertahan sekiranya diasak oleh kemarahan rakyat yang lapar?

 

Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button