Terbuka Thailand : Daren kecewakan pemain nombor tiga dunia


Lee Zii Jia Photo Credit : BWF & Badminton Photo

13/01/2021 11:39 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pemain perseorangan Liew Daren melakukan kejutan terbesarnya di Terbuka Thailand, apabila menewaskan pemain nombor tiga dunia Andes Antonsen dari Denmark pada perlawanan pusingan pertama, hari ini.

Pemain ranking ke-41 dunia itu, memberikan tentangan hebat selama 46 minit untuk menang 21-12 dan 21-18, dan menunjukkan pemain Denmark itu jalan keluar daripada kejohanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Duna (BWF), https://bwfbadminton.com.



“Saya agak terkejut. Sebelum kejohanan ini, saya tidak pasti jika saya akan bertanding, kerana saya berada di dalam senarai simpanan. Jadi untuk bersedia pada saat akhir dan menang terhadap pemain pilihan ketiga merupakan satu kejutan untuk saya.

“Saya tidak menjalani latihan yang banyak kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Saya cuma pastikan saya cergas di rumah. Saya sentiasa fikirkan saya boleh bertanding kerana keputusan lepas menunjukkan kadang kala saya lakukan yang baik, jadi saya percaya pada diri saya, tetapi kadang-kadang keadaan saya tidaklah bagus,” kata pemain berusia 33 tahun itu kepada BWF selepas perlawanan.

Pada perlawanan pusingan kedua, Daren pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018, akan bertemu pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu, yang mengalahkan Abhinab Manota dari New Zealand 21-13, 21-17.

Kemenangan Daren itu disahut rakan senegara Lee Zii Jia untuk bangun semula selepas tewas set pertama bagi mengalahkan H.S. Prannoy dari India 13-21, 21-14, 21-18 pada perlawanan hampir satu jam.



Pemain nombor lapan dunia itu dijadualkan untuk berhadapan seorang lagi pemain India nombor 14 dunia, Srikanth Kidambi pada perlawanan peringkat 16 terakhir, esok.

Bagaimanapun cabaran negara pada kategori perseorangan wanita berakhir hari ini apabila kedua-dua pemain iaitu Soniia Cheah dan S. Kisona terkeluar daripada kejohanan.

Pemain nombor satu Malaysia Sonia tewas 15-21, 12-21 kepada pemain nombor sembilan dunia An Se-young dari Korea Selatan dalam masa 38 minit, manakala Kisona tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal 21-15, 21-15 pada perlawanan yang telah dijadualkan semula.

Sementara itu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan yang seorang jurulatih dari Jerman dan ahli rombongan pasukan Perancis, positif COVID-19 dalam ujian PCR yang diwajibkan, pada Selasa.

Keputusan positif yang kemudiannya disahkan hari ini pada ujian kedua. Mereka kini berada di hospital untuk pemerhatian dan ujian selanjutnya, dan mereka dikehendaki berada di hospital untuk tempoh minima 10 hari.

“Kesemua pemain yang diuji pada Selasa, telah menerima keputusan negatif,” menurut BWF dalam satu kenyataan.

Keputusan lain pusingan pertama

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [   ] menunjukkan kedudukan)

Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kln M.R. Arjun-Dhruv Kapila (IND) 13-21, 21-8, 24-22

Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kln Vimala Heriau-Margot Lambert (FRA) 21-15, 21-18

Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kln Anastasiia Akchurina-Olga Morozova (RUS) 21-10, 21-11

Pearly Tan-M Thinaah kln Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard (THA) 21-19, 21-17

Beregu Campuran:

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kln Daniel Hess-Linda Efler (GER) 21-14, 21-14

Terbuka Thailand: BWF jadual semula perlawanan Kisona selepas Saina bebas COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker