Trump gesa ‘tiada keganasan’ menjelang hari pelantikan Biden

14/01/2021 01:57 PM

WASHINGTON, 14 Jan — Ketika Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) berdebat untuk mendakwa Presiden Donald Trump, pemimpin itu pada Rabu menyeru penyokongnya “tidak melakukan kekerasan” menjelang tunjuk perasaan yang dilaporkan pada hari pelantikan rasmi presiden.

“Ketika laporan mengenai lebih banyak demonstrasi, saya mendesak supaya agar TIDAK ADA kekerasan, TIDAK ADA pelanggaran undang-undang, dan TIDAK ADA vandalisme.

“Bukan itu yang saya perjuangkan, dan ia juga bukan pendirian Amerika,” memetik kenyataan Trump lapor Agensi Anadolu.

Lebih 20,000 anggota keselamatan dijangka tiba di Washington D.C. minggu depan untuk pelantikan bakal Presiden Joe Biden, berikutan beberapa kumpulan pro-Trump berikrar akan mengadakan perhimpunan besar-besaran.

“Saya menyeru SEMUA rakyat Amerika membantu mengendurkan ketegangan dan meredakan kemarahan. Terima kasih,” tambahnya.

Minggu lalu, sekumpulan penyokong Trump menyerbu bangunan Capitol dalam usaha menghentikan proses pengesahan undi elektoral untuk Biden.

Rusuhan tersebut menyebabkan lima kematian.

Dewan Amerika pada masa ini sedang berdebat mengenai pendakwaan Trump, tetapi hampir pasti akan disokong Dewan dan dibawa ke Senat untuk diputuskan.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell tidak akan membenarkan pendakwaan dilakukan sebelum 19 Januari, kata laporan memetik jurucakap.

Trump akan keluarkan Sudan daripada senarai Penaja Keganasan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker