Ulat berenga jatuh atas penumpang dalam pesawat

Oleh – Syeikh Baran


Pesawat, penumpang kapal terbang
GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat Delta di Lapangan Terbang Schiphol, Belanda. – Foto AFP

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Delta yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Detroit, Amerika Syarikat, terpaksa berpatah balik selepas ulat berenga jatuh di atas penumpang dari tempat penyimpanan bagasi.

Laman berita Fox melaporkan, penerbangan Delta DL133 kembali ke Lapangan Terbang Schiphol, Belanda selepas sebuah bagasi yang mengandungi ikan busuk secara tiba-tiba terbuka.

 

Bagasi itu diletakkan di dalam tempat penyimpanan barang, di atas kepala penumpang kelas ekonomi.



Ia menyebabkan ulat-ulat berenga jatuh ke atas beberapa penumpang yang duduk berhampiran.

Selepas penumpang keluar dari pesawat yang telah mendarat, tempat penyimpanan bagasi  tersebut dibersihkan sebelum ia dibakar.

Salah seorang penumpang memberitahu akhbar Daily Mail bahawa kru syarikat penerbangan itu mengenal pasti pemilik beg pakaian tersebut dan menahannya di dalam pesawat.

Tidak dijelaskan sama ada pemilik bagasi itu dikenakan sebarang tindakan. – AGENSI



Sumber – Syeikh Baran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker