UAE ratifikasi perjanjian pengecualian visa dengan Israel

14/01/2021 12:08 PM

ISTANBUL, 14 Jan — Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu meluluskan perjanjian pengecualian visa dengan Israel, memetik kenyataan Kementerian Luar Israel lapor Agensi Anadolu.

Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dan warga Israel boleh ke UAE tanpa visa, menurut kenyataan itu.

Dengan penguatkuasaan perjanjian itu UAE menjadi negara Arab pertama yang rakyatnya boleh memasuki Israel tanpa visa.

Pada 15 September tahun lalu Israel dan UAE menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik yang ditaja Amerika Syarikat, langkah yang kemudian diikuti Bahrain serta Sudan dan baru-baru ini Maghribi.

Perjanjian itu menerima kecaman hebat rakyat Palestin, kerana menganggap kesepakatan akan mengabaikan lagi hak dan kepentingan Palestin.

UAE-ISRAEL TANDATANGANI PERJANJIAN DI RUMAH PUTIH MINGGU DEPAN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker