Youtube gantung saluran Presiden Trump sekurang-kurangnya seminggu
13/01/2021 03:08 PM
WASHINGTON, 13 Jan — YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.
Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.
YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu.
Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal.