Annuar Musa Gagal Fahami Apa itu Kerajaan ‘Mandat Ahli Parlimen’

Gila talak atau gila meroyan adalah dua penyakit berlainan namun ianya mirip kerana kedua penyakit tersebut adalah gila yang ‘tidak berkesudahan’.

Sebelum mendapat jawatan, Annuar bukanlah seorang yang banyak bercakap, bukan ‘fighter’ UMNO BN. Ketika menjadi Ketua Penerangan UMNO, beliau juga hanya berceloteh ala kadar dan bukannya ada pengisian penting tentang hala tuju UMNO malah program di atas kapasiti jawatan tersebut juga gagal total.

Perubahan ketara Annuar apabila beliau ‘kembali’ menjadi menteri dan beliau mungkin lupa, beliau menjawat jawatan tersebut adalah dari senarai nama yang diberikan oleh Presiden parti dan bukannya di atas kredibiliti beliau. Ketika itu beliau lantik ke jawatan setiausaha agung BN. Atas dasar jawatan inilah beliau diberi satu tempat sebagai menteri di kerajaan pilihan ahli parlimen dan bukannya kerajaan dokongan rakyat.

Annuar gagal menterjemah apa itu kerajaan lantikan ahli parlimen dan gagal sepenuhnya memahami konsep kerajaan mandat rakyat dan kerajaan mandat ahli parlimen yang disyorkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.



Kegagalan memahami UMNO BN membantu kerajaan mandat ahli parlimen menyebabkan Annuar terasa ‘terhutang budi’ dengan Muhyiddin Yassin dan bukannya kepada Presiden UMNO yang mengesyorkan namanya sebagai salah seorang menteri.

Bermula saat beliau dikatakan menjadi ‘budak suruhan Hamzah Zainuddin” sehinggalah beliau dipecat dari jawatan SUA BN, Annuar dikatakan hampir setiap hari ‘gila bercakap’ di hadapan media.

Kalau beliau seorang yang idealisma, Muafakat Nasional mesti datang dari buah pemikirannya. Tetapi Annuar memilih untuk menjadi pak guard kepada kuasa PPBM sahaja mutakhir ini.

Beliau ingat 100% kepimpinan PAS bersetuju dengan idea menjulang PPBM sebagai ketua bagi kerajaan baharu di PRU15 nanti.



Annuar galak sejak jadi menteri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker