Bergayut di pagar istana

Luah rasa dari kepimpinan tertinggi parti PAN. Janrang sekali kita dengar parti PAN membawa wadah rakyat kerana kebiasaaannya mereka hanya menyahut dan mengiakan apa yang keluar dari mulut parti Dap sahaja. Kali ini mungkin kerana sudah tidak dapat menahan diri daripada tindakan yang dibuat oleh Muhyiddin Yasin.

Memang ada lojiknya juga, sekolah boleh dibuka, kedai baju boleh dibuka, restoran boleh beroperasi, taman awam boleh dikunjungi. Kenapa parlimen tidak boleh dan malah digantung? Apakah muslihat disebalik pujuk rayu supaya bajet2021 diluluskan? Apa niat menteri kewangan apabila mengatakan pengeluaran KWSP akan dipermudahkan dan moratarium juga bersifat otomatik? Adakah ini Kencing Rakyat 2.0?

Paling mengejutkan dewan orang ramai yang bernilai RM35juta khabarnya diluluskan pembinaannya di kawasan Muhyiddin? Apa rasional pembinaan dewan tersebut di zaman covid19 melanda? Kalau ingin jadikan pusat kurantin pesakit covid19, maka lebih baik dibuat terus pembinaan hospital atau poliklinik berskala sederhana. Sesuaikah dibuat di Pagoh?

Lagi menyedihkan kilang elektronik yang sudah beroperasi selama lebih 30 tahun di Pulau Pinang menutup operasinya. Adakah kerana melihat kestabilan jangka panjang politik Malaysia tidak baik maka syarikat gergasi elektronik tersebut mengambil keputusan drastik?

Muhyiddin tidak peka ini semua?

Muhyiddin sibuk menyusun kuasa politik parti dan kuasa di dalam kerajaan?
Muhyiddin tidak serius melihat rakyat sedang menjalani kehidupan yang amat sukar sekarang ini?

Pemimpin UMNO BN yang jadi menteri jangan terlalu selesa dengan jawatan anda sekarang ini. Rakyat sedang menilai, anda barua Muhyiddin atau anda hero rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker