Dua lelaki ditahan miliki senjata berbahaya


ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

16/01/2021 12:50 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Dua remaja lelaki ditahan selepas disyaki memiliki senjata berbahaya dalam satu pemeriksaan di Jalan Persiaran Tropicana, Damansara, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata sepasukan polis yang melakukan rondaan memeriksa kereta jenis Proton Persona dinaiki kedua-dua suspek berusia 18 dan 19 tahun itu di tepi jalan berkenaan kira-kira 11 malam, semalam.



Beliau berkata polis menjumpai dan merampas sebatang kerambit kayu berukuran 17cm, sebuah replika kerambit berukuran 22cm dan dua kayu menyerupai pedang.

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata dua warga asing ditahan kerana tidak memakai pelitup muka dan membenarkan pelanggan berada dalam premis masing-masing di PJU 6A dan Mutiara Damansara dekat sini pada hari sama.

Nik Ezanee berkata tiga pelanggan di dua premis itu pula dikompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Katanya, seorang lagi lelaki warganegara asing ditahan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan SS 25/32, Taman Mayang kerana gagal mengemukakan surat kebenaran untuk beroperasi.

Perbicaraan kes memiliki senjata berbahaya Sugu ditetapkan dua hari mulai 11 Jan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker