EMMA MAEMBONG, SUAMI & AEPUL (DRAMA BAND) SAH POSITIF COVID-19

“Did my swab tast at home with @kumpulan_megaklinik_zahran , thank you so much for coming and thank you @kai_armd @nafidzrazak for giving us the info we needed.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” kongsi pelakon Emma Maembong, memaklumkan bahawa dia kini positif covid-19 semalam.

Tambahnya, dia kini akan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya bermula Khamis. Beberapa selebriti sebelum ini turut memaklumkan dijangkiti Covid-19 termasuk vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza. Menerusi laman sosialnya, dia turut memberitahu keputusan ujian calitan mendapati dirinya positif Covid-19.

Klik untuk gambar besar

EMADB%2B2.jpg

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif. “Isteri (Leez Rosli) negatif. Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga” tulisnya.

Untuk rekod, sebelum ini beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar dan Shima Anuar disahkan positif Covid-19.

Selain artis dan selebriti, beberapa menteri baru-baru ini turut dijangkiti virus tersebut.

EMADB%2B3.jpg

Leave a Reply