ISU BUSANA DI SFMM35 DIKRITIK ANEH – WANY AKAN LEBIH BERHATI-HATI, HANYA NAK SELESA

“Kali ini, saya akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian. Bagi saya, yang paling penting saya selesa pakai dan sebenarnya saya perlu mengambil komen-komen orang juga.

“Orang nak tengok cantik dan mesra TV… jadi, kita kena cari juga pakaian yang orang pandang nampak cantik dan sesuai. Benda ini saya masuk dalam senarai pemilihan pakaian.

“Tak semestinya kita kena ikut diri kita saja kan dan pemilihan pakaian, Insya-Allah masih mengekalkan diri saya sebagai Wany Hasrita tapi akan lebih dilihat mesra penonton.

“Saya ada juga minta pendapat stylish untuk nak seimbangkan dengan konsep tapi apa yang patut saya rasa this is Wany, tak perlu diubahlah macam saya memang tak suka pakai ketat sangat dan tak nak ikut bentuk badan,” ujar penyanyi wany Hasrita.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada 15 Disember tahun lalu, penampilan Wany di malam Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM35) menjadi kritikan netizen sehingga menjadi trending di media sosial.

Menerima kritikan netizen terhadap pemilihan pakaiannya, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita memberitahu dia akan lebih berhati-hati memilih pakaian yang sesuai untuk program TV.

Biarpun pemilihan fesyen akan mengikut kehendak penonton, namun penyanyi berusia 29 tahun ini tetap akan mengekalkan konsep dirinya yang tidak gemar memakai pakaian mengikut bentuk badannya.



Sebelum ini, Wany yang menggayakan gaun berwarna merah jambu oleh pereka fesyen Behati dengan gaya tudung ‘aneh’ seakan-akan pakaian mandi Muslimah iaitu burkini.

Image_3.jpg

Netizen berpendapat bahawa padanan gaun merah jambu dengan tudung berwarna putih yang digayakan oleh penyanyi ‘Menahan Rindu’ itu tidak ubah seperti kuih apam dan putik kapas.

Sementara itu, Wany yang ditanya mengenai persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-35, memberitahu dia dan penyanyi Datuk Jamal Abdillah sudah berbincang mengenai konsep serta susunan lagu duet mereka, ‘Belenggu Rindu’.

Menurut Wany, dia ingin melakukan persiapan sebaik yang mungkin dan menganggap persembahan di pentas AJL kelak merupakan peluang untuk membuktikan dirinya mampu menyanyi secara langsung.

Image_4.jpg

“Untuk final, kami ada melakukan perbincangan dari segi konsep persembahan dan susunan lagu. Buat masa kini, tak banyak yang kami tukar dan ikut susunan lagu asal yang sememangnya dah sedap.

“Sudah tentu, saya ada ambil kelas vokal yang berjalan seperti biasa dan bagi saya, persiapan kali ini kena lebih 200 peratus sebab dah dua tahun tak jejak kaki di pentas AJL.

“Jadi, saya anggap ia satu peluang untuk saya buktikan kepada semua orang yang saya mampu untuk menyanyi secara live,” katanya.

AJL35 sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

WANY HASRITA PAKAI GELANG ‘PINK’ – INI PERJELASAN PEMBANTU PERIBADI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker