Lelaki warga Malaysia meninggal dunia akibat lemas di Roxburgh, New Zealand

16/01/2021 12:32 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Seorang lelaki warga Malaysia meninggal dunia akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 7.30 malam waktu tempatan hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Muhammad Ehsan Zakaria, 24, yang merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Auckland telah dipindahkan ke Dunedin Hospital bagi proses bedah siasat.

“Pihak keluarga mangsa telah sedia maklum akan kejadian tersebut dan pihak Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau,” menurut kenyataan itu.

Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker