V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand

16/01/2021 12:43 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand di Impact Arena, Bangkok, Thailand hari ini.

Pemain bukan pilihan pasangan Malaysia itu hanya mengambil masa 40 minit sebelum menewaskan rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-16 dan 21-19 dalam perlawanan suku akhir yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta tempatan.

V Shem-Wee Kiong, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan berdepan pasangan muda Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam peringkat separuh akhir esok.

Pemain bukan pilihan pasangan Indonesia itu mara ke separuh akhir selepas mengenepikan pasangan veteran England, Marcus Ellis-Chris Langridge 12-21, 21-14 dan 21-15.

Sementara itu, pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia gagal mara ke separuh akhir selepas tewas 17-21 dan 15-21 kepada pemain nombor dua dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Keputusan Suku Akhir:

(Nota: Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] pilihan kejohanan)

Perseorangan Lelaki:

[2] Chou Tien Chen (TPE) mn [8] Lee Zii Jia 21-17, 21-15

Beregu Lelaki:

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-16, 21-19

[6] Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) mn Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 23-21, 21-15

Beregu Wanita:

[5] Greysia Polii-Apriyani Rahayu (INA) mn M.Thinaah-Pearly Tan 21-15, 21-12

Beregu Campuran:

[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn [5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-18, 21-17

Leave a Reply