AS perlu rasional jalin dagang dengan China
16/01/2021 04:37 PM
BEIJING, 16 Jan — Amerika Syarikat (AS) perlu rasional mendengar tuntutan dalam negeri dan mencipta suasana kondusif untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Jumaat ketika diminta mengulas laporan ekonomi yang disiarkan Majlis Perniagaan AS-China (USCBC).
Menurut laporan itu, AS telah lama memperoleh manfaat daripada perdagangan dengan China.
Pada 2019, sebanyak 1.2 juta peluang pekerjaan tersedia kepada masyarakat tempatan hasil eksport ke China. Tetapi, perang perdagangan yang dicetuskan terhadap China gagal memacu ekonomi AS sendiri, sebaliknya menyebabkan hilangnya 245,000 peluang kerja di negara itu.
Zhao Lijian berkata, laporan tersebut jelas memperlihatkan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS adalah saling menguntungkan.
AS digesa bertindak sehaluan dengan China untuk menyediakan suasana yang bermanfaat kepada perkembangan sihat kerjasama ekonomi dan perdagangan, agar membawa kesejahteraan untuk rakyat dua negara.