China, Brunei sepakat ganding bahu perangi COVID-19


State Councilor and Minister of Foreign Affairs of the People’s Republic of China Wang Yi as co-chaired of the Special ASEAN-China Foreign Ministers’ Meeting on the Novel Coronavirus today.

16/01/2021 04:27 PM

BEIJING, 16 Jan — China bersedia untuk terus bekerjasama dengan Brunei dalam usaha memerangi COVID-19, kata Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi.

Perkara itu disuarakan Wang Yi dalam pertemuan dengan Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan pada Khamis



Beliau berkata China bersetuju membina “laluan pantas” bagi mempermudah perjalanan rakyat kedua-dua negara, dan membincangkan pembukaan “laluan hijau” bagi pengangkutan kargo.

Selain itu, kedua-dua negara diharap mempercepat kerjasama melibatkan projek petrokimia Hengyi, Koridor Ekonomi Guangxi-Brunei, serta pertanian dan perikanan.

Di samping itu juga kedua-dua pihak sepakat untuk meneroka titik pertumbuhan baharu dalam sektor 5G, data raya dan pengkomputeran awan bagi membantu mewujudkan kepelbagaian ekonomi di Brunei.

Sementara itu, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, China merupakan jiran juga sahabat tradisi dan rakan kerjasama penting bagi Brunei.



Baginda turut merakamkan penghargaan atas sokongan China untuk membantu Brunei melawan wabak COVID-19, sambil menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama berkaitan vaksin dengan China.

Selaku pengerusi ASEAN, Brunei bersedia memainkan peranan bagi menggalakkan kesalingpercayaan dan kerjasama ASEAN-China, selain menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Brunei 15 hari berturut-turut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker