Jangkitan COVID-19 di Indonesia melonjak lepasi angka 14 ribu

16/01/2021 05:04 PM

JAKARTA, 16 Jan — Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, selepas merekodkan kes baharu melepasi angka 14,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 12,818 kes semalam, jumlah jangkitan baharu hari ini terus melonjak kepada 14,224 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu meningkat kepada 896,642 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 25,767 orang, selepas merekodkan 283 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 223,970 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 6,833 orang.

Kes COVID-19 di Indonesia lepasi angka 24,000, kematian 1,496

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker