Muhyiddin pentingkan Dewan Dari Kesengsaraan Rakyat

Hari demi hari keborokan dalam kepimpinan Perikatan Nasional berlaku,  seolah olah pemimpin kerajaan tidak langsung menyelami kesusahan rakyat.

Saat rakyat menjerit mencari pendapatan, saat rakyat terkurung di rumah,Saat rakyat meneguk air mata jerih kesusahan kehidupan dikala perintah darurat dan PKPB,PKPP dan PKP, kepimpinan Muhyiddin hanya memandang sebelah mata sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, sesungguhnya amat kecewa dengan tindakan kerajaan yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab untuk memastikan rakyatnya dalam keadaan yang selesa disaat pendamik covid 19 yang sedang menular.

Mana tidaknya disaat ini, surat bertarikh 11 January 2021 seorang perdana  menteri telah meluluskan sebuah Dewan bernilai RM35 juta. Apakah sebuah dewan itu amat penting dari kesusahan rakyat dimasa ini?

Persoalannya sekarang, apakah  benar untuk Parlimen Pagoh? Menurut sumber kelulusan tersebut bukan untuk Pagoh. Tetapi mengapa didalam surat mengatakan pembinaan untuk ParlimenPagoh?

Bagi perenggan (2) surat kelulusan Dewan bernilai RM35 juta tertulis untuk Parlimen Pagoh. Dimaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah untuk pembinaan Dewan sebanyak 3 buah dewan.  Persoalan saya. Adakah ini dalam Parlimen Pagoh?

Apakah akan berlaku permainan silap mata diwaktu darurat ini.

1- Dewan Masyarakat Bukit Pasir di Muar RM16, 690 juta

2- Dewan Tangkak RM13 juta (Parlimen Ledang)

3- Pusat komuniti Bukit Kepong di Muar RM5,775 juta

Apa salahnya, kelulusan tersebut ditangguhkan sementara, sukurang-kurangnya bajet tersebut dapat digunakan untuk menampung kesusahan rakyat diwaktu ini. Ini lah sikap seorang perdana menteri yang hanya memikirkan kuasa politik sahaja.

Adalah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan kepada keperluan hospital, kerana diwaktu ini keperluan hospital amat diperlukan bagi hospital yang tidak mencukupi atau disalurkan kepada rakyat yang tiada berpendapatan.

Tahukah anda wahai pemimpin Perikatan Nasional, bahawa tatkala ini rakyat sudah ketahap makan apa yang boleh dimakan bagi yang tiada berkemampuan. Jika tidak, masa kan kita membaca rintihan seorang rakyat yang terpaksa makan bubur nasi dengan sayur kangkung rebus.

Amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang menggunakan platform kesengsaraan rakyat untuk memastikan nyawa politiknya berterusan. A,mat malang lagi dikala darurat wang rakyat digunakan untuk perkara yang tidak penting dan menolak perkara yang lebih penting.

Dikala rakyat terhimpit dengan kekangan untuk hidup, terpaksa menggunakan apa cara sekali pun untuk mencarai nafkah untuk keluarga, dalam keadaan darurat harga minyak terus meningkat. Apakah kegilaan ini, rakyat dibuang kerja, tanpa pendapatan, tanpa bantuan malah dibebani dengan harga minyak lagi.

Mungkin para menteri dan perdana menteri tidak terasa hal ini, kerana mereka ada  gaji bulanan, ada elaun untuk dibelanjakan, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang tidak mempunyai apa apa dalam hidup mereka?

Rakyat sekarang seperti tidak dipedulikan langsung, kesan dari kenaikan harga minyak secara langsungnya  kenaikan harga barangan alkan berlaku, Apa akan jadi pada raklyat yang tidak berpendapatan.

Bagi rakyat yang berniaga dipasar malam, ianya terkesan teruk  berniaga tanpa jualan susulan PKP yang dilakasanakan tanpa bantuan dari kerajaan. Apakah begitu bodoh kerajaan langsung tidak memikirkan hal ini?

Apakah kerajaan semasa menetapkan tempoh berniaga hingga pukul 8.00 malam itu tiada penularan covid 19. Atau ahli pemikir perdana menteri beranggapan pukul 8.00 malam keatas baru jangkitan akan berlaku. Kebodohan apakah ini?

Peniaga goreng pisang hanya  mampu mengoreng harapan dikala ini, sedangkan para menteri hebat bersuka ria dengan  usaha menaikan popularity dalam politik. Penjual burger hanya mampu melihat roti beristirehat dalam almari jualan.

Rakyat kini sudah putus harapan dengan kerajaan yang sedia ada, rakyat amat kecewa, rakyat bergelumang dengan perjuangan untuk hidup tanpa bantuan kerajaan. Apakah  kerajaan muhyiddin  sedang mengwujudkan kelompok miskin sebagaimana terjadinya di Negara india sebagai gula gula politik.

Rakyat Malaysia sekalian, anda sedang melihat segalanya sekarang. Kerajaan ini harus diberikan pengajaran. Hanya pilihanraya sahaja yang dapat menumbangkannya. Kembali kepada sebuah kerajaan yang mana satu ketika dahulu meletakkan rakyat diatas sekali.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker