Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan Demi Negara

Korbankan Hari Bahagia Demi Negara Untuk Putuskan Rantaian Covid19

Frontliner

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah cabaran petugas barisan hadapan menghadapi pandemik covid19 yang melanda negara.

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan membuat banyak pihak berkorban. Sekatan jalanraya dan prosedur operasi standard dimulakan selaras dengan PKP.

Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja.

Begitu juga dengan gambar yang dikongsikan oleh Mohd Ridzuan Baharudin ini.

Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Jan 2021.

Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar.

Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita.

#HargaiJasaFrontliners

Leave a Reply