PUTUS DENGAN AMYLEA SELEPAS 10 TAHUN – FAROUK SUDAH TEMUI CINTA BARU

“Kami sudah tidak bersama lagi,” kata komposer Farouk Roman yang tampil mengulas mengenai spekulasi bertiup kencang dengan mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi dan komposer Amylea Azizan sudah bernoktah, namun enggan berkongsi punca perpisahan.

Kisah cinta Farouk dan Amylea akhirnya terlerai, biarpun lebih 10 tahun menjalinkan hubungan. Keretakan hubungan Farouk dan Amylea sudah dihidu, sejak tahun lalu, namun mereka masih bersikap profesional ketika bekerjasama.

Bagaimanapun, kini, Farouk mahupun Amylea dilihat sudah ‘unfollow’ dalam laman Instagram. Malah, Farouk sudah berani berkongsi gambar kekasih barunya.

“Bagaimanapun, saya dan Amylea masih profesional dalam soal kerja mahupun kolaborasi muzik. Saya dan Amylea tidak menyimpan dendam atau bermusuh. Apa yang penting, kami sudah ‘move on’ dan mendoakan kebahagiaan masing-masing,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, gandingan Farouk dan Amylea selaku komposer membawa tuah. Mereka diberi amanah menyiapkan deretan lagu runut bunyi yang kebanyakannya untuk drama produksi Radius One Sdn Bhd.

Lagu ciptaan seperti ‘Tak Pernah Hilang’ itu pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-33 dan digunakan sebagai lagu runut bunyi drama Nur, manakala lagu ‘Tetap Kamu’ untuk drama Nur 2.

Farouk atau nama sebenarnya, Farouk Abdul Razak berkata, dia terbuka untuk terus menjalinkan kerjasama secara profesional biarpun hubungan peribadi sudah berakhir.

“Saya sedar pasti timbul anggapan saya tidak mahu bekerjasama dengan Amylea dalam projek akan datang. Saya tidak pernah memberi bayangan sedemikian.

Image_3.jpg

“Saya tiada niat langsung tidak mahu menggunakan khidmat Amylea. Namun, saya percaya kita perlu terbuka dengan cabaran dan perkara baru dalam hidup. Tambahan cabaran norma baharu pada era pandemik COVID-19 ini.

“Seperti karya terbaru berjudul Karma nyanyian Kaka Azraff dan Jaz Hayat, saya guna khidmat juara Vokal Mania, Aisha Retno sebagai penulis lirik. Jika ada rezeki, saya terbuka untuk bekerjasama dengan Amylea, Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Farouk teruja berkongsi cerita mengenai single ‘Karma’ yang turut dijadikan lagu runut bunyi drama ‘Takdir Yang Tertulis’ arahan Sharulezad Mohameddin yang menghiasi slot Samarinda di TV3, bermula 21 Januari ini.

“Saya memilih Kaka berkolaborasi dengan Jaz sebab saya adalah vokal penyanyi wanita ini. Saya sentiasa memasang impian untuk bekerjasama dengan Kaka. Akhirnya, ia menjadi kenyataan. Kaka memiliki vokal unik dan versatil. Karakternya juga sempoi dan menyenangkan,” tuturnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Lelaki warga asing hampir putus leher

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker