SHIMA ANUAR BERSYUKUR NEGATIF COVID-19

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Shima Anuar memaklumkan khabar gembira dimana dia akhirnya telah bebas daripada jangkitan virus Covid-19, selepas hampir seminggu menjalani kuarantin diri di rumah.

Dalam entri tersebut yang dimuat naik satu jam lalu hari ini, Shima, 30, berkata dia sudah menjalani ujian calitan (swab test) terbaharu dan disahkan negatif pada Sabtu.

“Selepas hampir seminggu disahkan positif, saya ada baca jika CT value tinggi maknanya virus tak kuat jadi saya terus buat swab test lagi. Hari ini keluar keputusan negatif, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, Shima mendedahkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit kepala sebelum mengambil keputusan untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Pada Isnin lalu, Shima memberitahu dia berasa sedih apabila disahkan positif memandangkan dirinya tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, Shima memberitahu suaminya iaitu Mohd Solih Toha dan dua orang anaknya, Mariam Sophia dan Mikhael Imaan sudah melakukan ujian saringan dan keputusan mereka negatif.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, Shima mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya. Malah, dia turut berpesan agar individu yang dijangkiti Covid-19 supaya kekal positif dan bertenang melawan virus tersebut.

“Terima kasih yang mendoakan… kepada yang baru sah positif banyakkan bersabar, bertenang makan vitamin C, minum air panas dan lemon banyak-banyak.

“Cuba untuk kuatkan imunisasi badan, insyaAllah semuanya baik-baik nanti. Saya juga doakan pesakit Covid yang lain cepat sembuh seperti sedia kala,” ujarnya.

Leave a Reply