Singapura gagalkan cubaan seludup rokok dalam patung Tahun Baharu Cina


Photo source : Immigration and Checkpoints Authority (ICA)

16/01/2021 05:18 PM

SINGAPURA, 16 Jan — Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menggagalkan cubaan menyeludup 11,285 karton dan 7,685 paket rokok cukai tidak berbayar ke republik itu menggunakan lori bernombor pendaftaran Malaysia pada 13 Jan lepas.

Menurut ICA pada hari itu pegawainya di Pusat Pemeriksaan Woodlands mengesan anomali dalam imej x-ray konsainan, iaitu patung Tahun Baharu Lunar yang diangkut lori itu.



Semasa pemeriksaan dijalankan, mereka menemukan rokok seludup itu yang disembunyikan dalam patung berkenaan,” katanya dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Pihak berkuasa berkata kes itu dirujuk kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

“Kaedah penyembunyian itu mewujudkan kebimbangan kerana kaedah yang sama boleh digunakan oleh pihak lain yang mempunyai niat jahat untuk menyeludup barangan keselamatan ke Singapura,” menurut ICA.

Agensi itu berkata ia akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang, barangan dan kenderaan supaya dapat menjaga keselamatan Singapura.



Polis Langkawi gagalkan cubaan seludup masuk dadah, ubat batuk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button