Dua remaja maut kereta dirempuh Mercedes Benz lawan arus

Dua remaja maut kereta dirempuh Mercedes Benz lawan arus

Dua remaja maut kereta dirempuh Mercedes Benz lawan arus
Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI: Dua remaja maut selepas kereta Honda Jazz dinaiki dirempuh sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 6.4 Jalan Ismail Sultan di sini, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 4.20 pagi itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda Jazz, dikenali sebagai Giggs Tan Ka Qing dan Ong Wan Ling masing-masing berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu Mercedes-Benz memandu melawan arus sebelum melanggar Honda Jazz berkenaan.

“Polis telah mengambil sampel darah pemandu Mercedes-Benz berusia 30 tahun untuk ujian kandungan alkohol atau dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Hairulnizam Mohd Noh, berkata seramai 20 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Larkin dihantar ke tempat kejadian.

“Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki dan wanita dalam Honda Jazz maut, manakala seorang lagi lelaki dalam Mercedes-Benz cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Dua remaja maut kereta dirempuh Mercedes Benz lawan arus

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker