BRONT PALARAE TAK DEMAND MESKIPUN MENANGI ANUAGERAH PERINGKAT ASIA

Hebahkan !!!

Pada Sabtu lalu, pelakon Bront Palarae telah berjaya memenangi anugerah Best Leading Male Performance di Anuagerah Televisyen Asia ke-25, menerusi drama bersiri ‘The Bringe’. Bront yang telah mengharumkan nama negara itu menganggap anugerah ini sebagai pengiktirafan besar buat produksi dari Malaysia.

“Alhamdulillah. Saya tak melihat ini sebagai pertandingan macam Sukan Asia. Untuk dicalonkan sahaja sudah menjadi satu pengiktirafan. Dan dengan percalonan sebanyak ini, ia merupakan pengiktirafan besar buat produksi dari Malaysia,” tutur Bront ketika dihubungi menerusi Whatsapp.

Anugerah yang berlangsung di Singapura itu menghimpunkan nama-nama besar di dalam kategori tersebut iaitu Arshad Warsi (India), Huang Deng-Hui (Taiwan), Kaiser Chuang (Singapura), Anthong Wong (Hong Kong), Hsia Ching-Ting (Taiwan), Tay Ping Hui (Singapura) dan Hong Dou-La Sih (Taiwan).

Tambah Bront, dia berterima kasih pada Viu dan HBO Asia kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang watak utama: “Terima kasih kerana Viu & HBO Asia memilih untuk mengisi ruang kekosongan itu dengan memberi kepercayaan pada pasukan kami. Kita tidak ketandusan bakat, kita cuma ketandusan peluang,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Apabila ditanya adakah dia akan lebih memilih sesebuah karya untuk dilakonkan, Bront tidak meletakkan kemenangan sesuatu anugerah itu sebagai penanda aras.

“Selepas kemenangan ini, falsafah saya terhadap kerja dan kerjaya masih sama. Kalau lebih selektif lagi, mungkin dah boleh masuk kategori penganggur,” ujar Bront berseloroh.

Berdepan pandemik tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk berkarya apabila dia memilih untuk menjadi lebih aktif: “Kini saya bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan memilih untuk menjadi aktif dan produktif.

“Saya masih dalam proses akhir filem ‘The Lies I Tell’ dan ‘Delevop’ beberepa projek dengan beberapa teman untuk Pixel Play Entertainment. Doakan usaha kami dipermudahkan,” jelasnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: