China guna BDS realisasikan automasi terminal kontena
18/01/2021 03:12 PM
BEIJING, 18 Jan — Jabatan Pengangkutan Air di bawah Kementerian Pengangkutan China mengumumkan negara ini buat julung kalinya menggunakan Sistem Pandu Arah Satelit Beidou (BDS) untuk mewujudkan automasi terminal kontena.
Pagi Ahad lalu, trek-trek elektrik tanpa pemandu membawa kontena melepasi stesen buka kunci automatik sebelum berhenti di lokasi yang ditentukan di kawasan rintis pemanduan automatik terminal kontena Pelabuhan Tianjin.
Presiden Kumpulan Pelabuhan Tianjin, Jiao Guangjun memaklumkan, setelah diubah suai, tahap keberkesan terminal kontena di pelabuhan itu meningkat kira-kira 20 peratus, manakala jumlah penggunaan sumber tenaga bagi seunit kontena menurun 20 peratus, sementara kos pengendalian bersepadu turut menurun sebanyak 10 peratus.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan BDS dalam bidang pengangkutan di China dilihat semakin rancak yang turut menyaksikan pesawat kargo dilengkapi BDS buat pertama kali.
Setakat ini, lebih 6.89 juta kenderaan dan lebih 1,300 buah kapal perkhidmatan awam di China dilengkapi sistem BDS.