“National Embarrassment” – Bila Zeti akan diheret ke Mahkamah?

 

Zeti dan suami disiasat

 

Selepas pendedahan demi pendedahan mengenai penglibatan Zeti Akhtar Aziz dalam isu 1MDB dibongkarkan, kini tinggal satu persoalan. Bila mereka akan diheret ke Mahkamah?

Agak menghairankan, kes melibatkan Zeti serta yang lain-lain mengambil masa lama untuk diteruskan siasatan.

 

 

Semalam, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan kepada pihak polis menjalankan tindakan dan siasatan lanjut berhubung dana berkaitan 1MDB diambil balik dari Singapura.

Perlu dingatkan, bekas Peguam Negara Tommy Thomas turut mendedahkan kertas siasatan telah disediakan pihak SPRM tetapi malangnya tiada tindakan dibuat.

 

 

Pihak berkuasa perlu mengheret semua mereka yang terlibat termasuk kalangan pemimpin berpengaruh dan tidak melindungi sesiapapun.

Mahathir dan Muhyiddin juga perlu disiasat kerana mereka antara yang turut memainkan isu ini kononnya maklumat berada di tangan mereka.

Jangan pula nanti alasan Mahathir dan Muhyiddin ialah mereka diberikan maklumat oleh Sarawak Report dan selebihnya sebagai ‘hear say’.

Apa sahaja maklumat hendaklah tidak disorokkan atau ditahan dari dikemukakan di Mahkamah kelak. 

Rakyat seluruh negara kini tertumpu kepada intergriti pihak berwajib Malaysia selepas kes Najib mendapat liputan seluruh dunia.

Jika terbukti ada yang terlibat menyorokkan maklumat sebenar dari pengetahuan Mahkamah, mereka perlu dihukum dengan seadilnya.

Merekalah ‘National Embarrassment’ dalam ertikata sebenar!

“National Embarrassment” – SPRM perlu telus isu Zeti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker