Jabatan Negara AS tuntut pembebasan tokoh politik pembangkang Rusia Navalny

18/01/2021 12:05 PM

WASHINGTON, 18 Jan — Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menuntut pembebasan segera tokoh pembangkang Rusia Alexei Navalny yang ditahan di lapangan terbang di Moscow sejurus beliau tiba dari Jerman, lapor Agensi Berita Sputnik.

Pada Ahad, Navalny ditahan sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow. Sebelum pulang ke Rusia, Perkhidmatan Penjara Persekutuan Rusia memberi amaran akan menahan Navalny atas kesalahan melanggar parol kerana didapati bersalah melakukan dua kesalahan pentadbiran sebelum ini.

“Kami mendesak kerajaan Rusia untuk bersikap adil kepada semua parti politik dan calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya. Alexei Navalny bukanlah masalah. Kami menuntut pembebasannya secara langsung dan tanpa syarat,” kata Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu kenyataan.

Tambahnya, “Rakyat Rusia, seperti semua orang, berhak mendapat kerajaan yang menyokong idea pasaran terbuka, pemerintahan yang telus dan bertanggungjawab, badan kehakiman yang bebas, dan kemampuan menggunakan hak asasi manusia untuk bersuara dan berhimpun tanpa bimbang akan diambil tindakan. ”

Terdahulu, berhubung pelbagai komen mengenai penahanan Navalny, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menasihati pegawai asing agar menghormati undang-undang antarabangsa dan memberi tumpuan kepada isu-isu dalam negeri.

Rusia sedia jalin hubungan lebih kukuh dengan China, kata Putin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker