New Zealand lapor enam kes baharu COVID-19 di pusat pengasingan


Photo: Allen Eyestone/Palm Beach Post via ZUMA Wire/dpa

18/01/2021 01:18 PM

WELLINGTON, 18 Jan — New Zealand melaporkan enam kes baharu COVID-19 membabitkan mereka yang sedang menjalani pengasingan, memetik kenyataan media pada Ahad.

Menurut Agensi Berita Xinhua tiada kes baharu dalam komuniti dilaporkan. Satu kes baharu diklasifikasikan tidak berjangkit, demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan pada Isnin.



Tiga pesakit yang dilaporkan dijangkiti virus itu sebelum ini sudah pulih. Jumlah kes aktif sebanyak 85 dan kes disahkan berjumlah 1,906.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button