Sejuta dos vaksin China tiba di Serbia


Source: http://www.xinhuanet.com/english/2021-01/16/c_139673341.htm

17/01/2021 04:14 PM

BEIJING, 17 Jan — Sebanyak sejuta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) selamat sampai di Belgrade, Serbia pada pagi Sabtu.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dan Duta China, Chen Bo berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin itu.

Vucic dalam ucapannya menyifatkan penghantaran itu lambang persahabatan erat kedua-dua negara sekali gus menyediakan perlindungan kepada 500 ribu rakyat Serbia.

Beliau turut mengumumkan akan menerima suntikan vaksin Sinopharm dan yakin dengan kualiti vaksin dibangunkan China.

Sementara itu, Chen Bo berkata China antara negara pertama yang berjanji menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global.

Vaksin Sinopharm dihantar ke Serbia hanya 16 hari selepas diluluskan untuk dipasarkan, memperlihatkan kedua-dua negara berjuang seiringan dalam memerangi pandemik.

Beliau juga yakin vaksin China dapat memberi sumbangan ybesar kepada usaha memerangi COVID-19 di Serbia.

Leave a Reply