UGUT, ROSAKKAN HARTA MASJID – BAPA BOB LOKMAN DIDENDA RM4,000

Atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan merosakkan barangan masjid pada 21 November tahun lalu, bapa kepada bekas pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman telah dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Selepas tertuduh, Lokman Ahmad, 85, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan dan memohon maaf, Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman denda tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Murtadza Mohd Mokhtar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu kepada Mohd Hanis Sulaiman, 34, ingin menetak dan menembak mangsa, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39, sehingga mendatangkan ketakutan kepada pengadu dalam kejadian di Masjid Tok Kenali, jam 11 pagi, pada 21 November tahun lalu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua di lokasi, tarikh dan masa sama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan harta masjid iaitu memecahkan pasu bunga serta memotong pokok bunga di kawasan masjid yang menyebabkan kerugian RM150 kerana memarahi Muhammad Hafiz Hukmi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara kurang satu tahun dan sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Terdahulu, peguam tertuduh memohon hukuman minimum dikenakan memandangkan tertuduh mengaku bersalah dan pada masa sama anak guamnya mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah pendengaran. Bagaimanapun, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman setimpal dikenakan supaya menjadi pengajaran.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

‘Saya boleh mati ‘anytime’ – Bob Lokman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker