AKIBAT COVID-19 – PELAKON MAK LAMPIR, FARIDA PASHA MENINGGAL DUNIA

Pelakon terkenal Indonesia yang popular menerusi watak Mak Lampir dalam drama bersiri ‘Misteri Gunung Merapi’ itu dilaporkan telah meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat jangkitan wabak Covid-19.

Berita sedih tersebut turut dikongsikan oleh cucunya, penyanyi Ify Alyssa di laman Instagram miliknya semalam.

“Assalamualaikum. Telah kembali ke Rahmatullah ibunda atau nenek kami, Hajjah Farida Pasha binti Ali Husen pada 16 Januari 2021 pada pukul 7.35 malam (waktu tempatan),” ujarnya.

Pada masa sama, Ify turut memohon semua pihak untuk memaafkan neneknya jika pelakon tersebut pernah melakukan kesilapan dengan sesiapa pun.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tolong doakan semoga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, Farida dilahirkan di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia pada 21 Ogos 1952. Aktres itu terkenal kerana sering membintang filem bergenre seram dan sangat sinonim dengan watak seorang nenek kebayan bernama Mak Lampir menerusi sinetron bersiri, ‘Misteri Gunung Merapi’ yang ditayangkan selama tujuh tahun.

Kali terakhir Farida yang telah membintangi lebih daripada 30 buah filem itu muncul di layar perak adalah menerusi filem ‘The Secret: Suster Ngesot Urban Legend’ pada tahun 2018.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Seorang petugas barisan hadapan meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker