Anwar Ibrahim perlu lebih bertanggungjawab bila sentuh isu darurat – Mohamed Azmin


Gambar fail

17/01/2021 08:44 PM

KOTA TINGGI, 17 Jan — Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh mengenai pengisytiharan proklamasi darurat yang dilaksanakan untuk menangani penularan pandemik COVID-19.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya mengheret rakyat dalam isu berkenaan di kala rakyat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan termasuk mangsa dan pesakit COVID-19.

“Ini adalah isu rakyat. Ini adalah isu keselamatan rakyat dan kesihatan rakyat. Jangan berpolitik berpanjangan.

Mereka boleh memberikan pandangan dan kritikan kepada kerajaan tetapi jangan bermain politik sehingga memberi kesan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan ketika misi bantuan kemanusiaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu Khamis lepas (14 Jan) yang sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menarik balik pengisytiharan darurat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dilaporkan berkata selain pembatalan darurat, surat itu juga berharap agar baginda menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan dan Menteri MITI itu berkata meskipun darurat dilaksanakan, ia tidak menganggu perjalanan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memandangkan tanggungjawab utama mereka adalah membantu rakyat.

Mohamed Apandi tuntut ganti rugi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker