Dedah Surat Sulit Untuk Popular, Amanah Di Ketepikan?

Sengaja Dedah Rahsia Parti Sebagai Jalan Minta Di Pecat?

Pendedahan Ahli Parlimen Ketereh berkaitan satu surat sulit Umno perlu dipandang serius. Beliau yang mengeluarkan kenyataan bertulis perlu muhasabah diri apabila tidak amanah dengan mendedahkan rahsia parti kepada umum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/19/annuar-dedah-surat-kepada-sua-umno-bantah-minta-ahli-parlimen-panggil-sidang-parlimen/ternyata Annuar Musa secara sengaja melanggar peraturan parti.

Beliau sepatutnya lebih maklum akan sesuatu perkara yang bertanda ‘SULIT’ di surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen Umno. Sebagai individu yang pernah mendabik dada mengaku ‘Orang Lama’ yang memegang keahlian 000xxx, Annuar sepatutnya boleh berinteraksi dengan Setiausaha parti secara persendirian atau bersemuka terus bagi mendapatkan penjelasan.



Petikan kenyataan Annuar Musa –

Sementara itu, Annuar juga berkata tindakan Ahmad ini tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh Umno, mendakwa ia bercanggah dengan kenyataan Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya lagi, surat Ahmad itu juga boleh ditafsirkan sebagai “percubaan menderhaka kepada Agong”.

“Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan Ketua Pembangkang Anwar (Ibrahim) dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan oleh Ahli Parlimen,” katanya.



Tindakan Menteri Wilayah ini seperti sengaja mahu menguji parti sendiri samada mahu mengambil tindakan tatatertib terhadapnya atau membiarkan apa sahaja perlakuannya. Mungkinkah Annuar memang mencari jalan supaya beliau dipecat bagi menampakkan seolah beliau tidak bersalah dan teraniaya selepas dilucutkan jawatan Setiausaha Agung BN sekaligus membolehkan beliau beralih aliran politik?

Implikasi pendedahan Annuar Musa ini menimbulkan persoalan mengapa begitu mudah rahsia parti didedahkan kepada umum. Apakah ini kewajaran bagi semua rahsia parti didedahkan supaya lebih mudah merosakkan Umno itu sendiri? Mana hilangnya sifat amanah dan menjaga kerahsiaan parti?

Tindakan Ahli Parlimen Ketereh ini dilihat semakin ‘meroyan’ selepas kehilangan jawatannya. Sebelum ini beliau menyerang Umno secara terbuka dalam satu sidang media. Malah seorang pegawainya (Setiausaha Akhbar) turut menyerang UMNO di facebook dengan beberapa siri temuramah dan terus menerus menuduh surat sokongan kepada Anwar Ibrahim wujud. Bagaimanapun sehingga hari ini beliau tidak dapat memberi bukti sahih surat berkenaan sama seperti apa yang Annuar Musa dakwa dalam sidang media sebelum ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker