PAS tangguh semua program parti di Perlis


Mohd Shukri Ramli (Foto: Facebook)

18/01/2021 10:40 PM

KANGAR, 18 Jan — PAS Perlis mengarahkan penangguhan program-program parti di negeri ini berkuat kuasa esok berikutan peningkatan kes COVID-19.

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli berkata arahan berkenaan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

“Tindakan ini bagi membantu membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Justeru itu, ahli PAS di seluruh peringkat di negeri ini diminta mematuhi arahan ini yang berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini, dan hari ini sebanyak 16 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 114 kes.

Perlis lulus belia 18 tahun boleh mengundi dan jadi calon pilihan raya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker