Program latihan dalam talian jadi pilihan jurulatih Liga-M


Kurniawan Dwi Yulianto

18/01/2021 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Program latihan dalam talian menjadi pilihan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi memastikan pemain masing-masing kekal cergas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari 13 hingga 26 Jan ini untuk membendung COVID-19.

Lima negeri yang dikenakan PKP pada tempoh berkenaan ialah Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah serta Wialyah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.



Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto mengakui beliau lega kerana pemain skuad Tambadau masih dibenarkan menjalani aktiviti riadah di luar rumah dalam tempoh itu untuk mengekalkan kecergasan masing-masing.

“Buat masa ini pemain-pemain kembali jalani latihan secara individu dan mereka akan beritahu kepada saya serta jurulatih yang lain tiap kali selesai sesi latihan, ini sahaja pilihan yang ada buat masa ini,” kata Kurniawan dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia hari ini.

“Pemain-pemain ternyata dapat mengikuti segala arahan diberikan walaupun terpaksa menggunakan cara dalam talian dan pengalaman semasa PKP dahulu, memudahkan komunikasi saya dengan pemain,” kata pengendali kelahiran Indonesia itu.

Pandangan sama turut disuarakan pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mat Zan Mat Aris yang mengakui pelaksanaan PKP ketika ini memberi sedikit kesan kepada persiapan skuad ‘The Cops’ dalam menghadapi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula pada 26 Feb ini.



Beliau, bagaimanapun, menegaskan barisan pemain pasukan berkenaan perlu bertanggungjawab menjaga kecergasan masing-masing kerana staf kejurulatihan hanya boleh menyediakan program latihan yang ditetapkan.

“Kami sebenarnya baharu sahaja hendak memulakan latihan pada minggu ini sebelum PKP dilaksanakan, dan situasi sebegini membuatkan kami terpaksa merangka program khusus buat pemain.

Bagi fasa awal ini, cukup penting kepada pemain mendapatkan kembali kecergasan sebelum pelaksanaan tahap kedua diharapkan boleh dilakukan sebaik PKP tamat nanti,” kata jurulatih berpengalaman berusia 62 tahun itu.

Bagaimanapun, PKP juga dilaksanakan bermula dari 16 Jan hingga 29 Jan melibatkan tiga daerah iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit di Sarawak serta seluruh Kelantan. PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu.



Tiada lagi kuarantin, 700 atlet bakal jalani latihan mulai 4 Jan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button