Pulau Ko Kra, Ko Losin diisytihar kawasan dilindungi

18/01/2021 07:04 PM

BANGKOK, 18 Jan — Thailand meluluskan peraturan untuk mengisytiharkan pulau-pulau Ko Kra di daerah Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat dan pulau Ko Losin di daerah Panare, Pattani sebagai kawasan perlindungan laut dan pesisir, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Berikutan itu, pihak berkuasa melarang pembuangan sampah, sisa buangan, pepejal terampai yang berkaitan dengan perlombongan laut, penerokaan, penggalian, penambakan tanah dan penurunan sauh di pulau-pulau. Perjalanan bot ke pulau berkenaan turut dihadkan, tambah laporan itu.

Peraturan baharu ini bertujuan melindungi sumber daya pesisir dan laut untuk pertumbuhan karang dan kepupusan haiwan laut.

Leave a Reply