TURUN PADANG – WANI COMEL SETIAP HARI VIDEO CALL MAK, KIRIM DUIT HASIL REVIEW

Jika ramai pihak turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, wanita yang mengalami masalah obesiti iaitu Wani Comel turut serta menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Menurut Wani, sambil menolong orang yang memerlukan, dia juga mengambil kesempatan untuk menziarahi ibunya yang tinggal di Kampung Felda Sungai Retang setelah beberapa bulan tidak bertemu: “Wani balik kampung kejap jenguk mak, sambil nak uruskan urusan di kampung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim ini menjelaskan ibunya tinggal bersama abang dan kakak sepanjang tempoh dia berada di Kuala Lumpur. Tegasnya, dia tidak pernah melupakan serta mengabaikan tanggunjawab sebagai seorang anak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Pada yang asyik tanya mak Wani duduk dengan siapa. Selama Wani di Kuala Lumpur, mak dijaga oleh abang dan kakak Wani. Jadi tak perlu lah asyik tanya Wani lagi ya.. Selama di Kuala Lumpur setiap hari Wani video call dengan mak Wani.

“Wani di KL uruskan hal rawatan Wani, peluang kerja untuk Wani.. Yang penting Wani tak pernah lupa mak Wani. Yang mana orang bayar Wani untuk buat review, Wani akan kirim duit tu ke mak. Doakan Wani ya semua. Wani nak kerja baik-baik untuk ubah kehidupan Wani dan mak,” katanya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Wani yang sebelum ini menutup ruangan komen di Instagramnya itu kini dilihat sudah membukanya kembali. Kata Wani, dia hanya mahu komen yang positif sahaja tetapi jika ada komen yang tidak memuaskan, dia tidak teragak-agak untuk ambil tindakan.

“Untuk makluman semua. Ruangan komen Wani buka untuk komen yang positif saja. Jika ada komen-komen yg menyebut mana-mana pihak, menghina Wani, menegur melampaui batas, pihak Wani tidak akan teragak agak untuk ambil tindakan.

Image_4.jpg

“Akaun IG Wani ini juga dipegang oleh team media Wani juga. Setiap DM dan komen yg masuk semua di pantau. Jadi Wani harap hati-hati dalam nak memberi komen. Jangan sengaja nak mencetus kontroversi provokasi di IG Wani.

“Kita hidup tak perlu nak ganggu sesiapa jika kita tak nak diganggu. Jika tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar disebalik tabir, tidak perlu nak komen memberi kononnya nak memberi nasihat. Tengok diri sendiri dulu sebelum nak menghakimi hidup orang lain,” tegasnya.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker