ANAK TAK KENA COVID-19 – NETIZEN PELIK, INI JAWAB EMMA MAEMBONG

Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar yang disahkan positif Covid-19. Namun begitu, anak lelaki pasangan ini bernama Shariq Gabriel tidak dijangkiti virus berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail pada Khamis lalu menerusi laman Instagram miliknya.

Dek kerana itu, timbul persoalan dikalangan netizen yang bertanya bagaimanapun anak Emma negatif sedangkan ibu bapanya positif.



“Macam mana Emma dan suami boleh positif lepastu baby pula negatif? Tanya ja kita doa baik-baik,” tulis salah seorang netizen.

Kerana persoalan tersebut, Emma tampil menjawab segala yang bermain di fikiran netizen. Menurut Emma, dia bersyukur kerana anak sulungnya itu berada di bawah perlindungan Allah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Tambah pelakon drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ itu, susu badan juga membantu kerana ia mengandungi pelbagai vitamin.

“Allah jaga dia sebab tu dia negatif. Alhamdulillah. Tapi salah satunya adalah susu badan ibu. Memang bagus sebab ada macam-macam vitamin untuk bayi.

“Kalau boleh bagi fully breastfeeding, jangan campur-campur. Itu memang bagus untuk bayi,” kata Emma yang memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Insta Story pada Isnin.

Image_3.jpg



Sementara itu, difahamkan, Emma dan suami melakukan kuarantin kendiri bersama manakala anaknya, Shariq Gabriel dijaga oleh kakaknya.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Emma meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang berusia berusia tiga bulan itu serta berharap masa berlalu dengan pantas agar dia dapat disatukan kembali dengan putera kesayangannya itu.

Kata Emma lagi, kakaknya, Beby Maembong turut menjadi ibu susuan kepada Shariq. Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Emma dan suami cepat sembuh dan dapat bertemu semula dengan cahaya mata mereka.

Untuk makluman, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia tiga bulan.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Emma Maembong, suami positif COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button