Awani Di’Keldai’kan Untuk Berita Sensasi?

Awani Kini Jadi ‘Keldai’ Sensasikan Isu Tanpa ‘Sumber’ Sahih?

Najib & Zahid

Semalam Portal Awani mengeluarkan kisah sensasi politik apabila memetik kenyataan ‘Sumber’ mengaitkan Ahli Parlimen Pekan Dato Sri Najib sebagai ‘dalang’ satu gerakan membantah Prokalamasi Darurat.

Pautan Awani – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-didakwa-dalang-di-sebalik-surat-hanya-7-menyokong-sumber-278638



Menurut laporan Awani yang memetik ‘sumber rapat UMNO’, Najib berbuat demikian bagi menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin dan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Jika dinilai sebenar-benarnya ‘sumber’ yang dipetik Awani ini turut mendakwa perkara sama berulang kali dalam hantaran facebook dan ‘sumber’ ini sentiasa mendoktrinkan Najib sememangnya mahu menaikkan Anwar bagi menyelesaikan kes Mahkamah yang turut dihadapi Presiden UMNO.

Awani turut memetik satu lagi sumber yang dikatakan milik seorang ahli Umno, perincian sepucuk surat sulit UMNO kepada Dato Seri Ismail Sabri dipaparkan. Bagaimanapun surat berkenaan telah ditularkan Ahli Parlimen Ketereh dalam laman twitter miliknya lebih awal dan mengundang pelbagai reaksi ahli. Mereka (ahli Umno) mempersoalkan mengapa Tan Sri Annuar Musa begitu senang menyiarkan surat yang sepatutnya menjadi rahsia parti kepada umum.



Bagaimana sebuah portal berita seperti Awani boleh mempercayai kesahihan maklumat daripada ‘sumber’ yang telah kerapkali mengulangi dakwaan kerjasama Umno-Dap-Pkr dalam laman media sosial tanpa memberikan bukti sahih?

Tidak perlu bagi Awani mensensasikan isu dengan hanya memetik ‘sumber’ sebaliknya kredibilti Awani lebih baik daripada ini.

Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini, kata sumber



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button