Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil – Jurucakap

19/01/2021 11:48 AM

WASHINGTON, 19 Jan — Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak akan menarik semula sekatan perjalanan berkaitan COVID-19 untuk kemasukan dari Eropah dan Brazil, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik jurucakap Jen Psaki.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump dilaporkan akan menarik semula sekatan dari Schengen Area, United Kingdom, Ireland dan Brazil bermula 26 Januari, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih.



“Atas nasihat pasukan perubatan kami, Pentadbiran tidak berhasrat menarik semula sekatan ini pada 26 Januari. Sebaliknya, kami merancang memperketatkan langkah-langkah kesihatan awam untuk perjalanan antarabangsa bertujuan mengurangkan penularan COVID-19,” tulis Psaki di Twitter.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button