CNSA perkenal kaedah pengurusan sampel bulan

19/01/2021 03:27 PM

BEIJING, 19 Jan — Prob penyelidikan Chang’e-5 yang dilancarkan pada 24 November 2020 berjaya kembali ke bumi pada 17 Disember lepas dan buat julung kalinya membawa pulang sampel seberat 1,731 gram dari bulan.

Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA) memperkenalkan kaedah terperinci mengenai pengurusan sampel tersebut.

Menurut kaedah itu, penyelidikan antarabangsa mengenai sains aeroangkasa adalah digalakkan dan seterusnya berkongsi dapatan masing-masing.



Menurut langkah-langkah yang digariskan, sampel itu akan dibahagikan kepada empat kegunaan, iaitu simpanan kekal (diarkibkan), simpanan kekal rujukan, penyelidikan dan kebajikan awam.

Jelas CNSA, kira-kira 80 peratus sampel terbabit akan digunakan untuk kajian saintifik.

CNSA dan Akademi Sains China turut mengundang wakil dari Perancis, Rusia, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Kerjasama Angkasa Asia-Pasifik (APSCO) ke Balai Cerap Astronomi Negara untuk memperincikan langkah-langkah itu.

Ketua Pengarah CNSA, Zhang Kejian berkata, kerajaan China komited membangunkan penerbangan angkasa lepas dan meningkatkan kapasiti pengangkutan ruang angkasa serta menyempurnakan sistem satelit penderiaan jauh.



Selain itu, China merancang membina stesen ruang angkasa lepas menjelang 2022, sekali gus menjalankan misi penerbangan prob penyelidikan Chang’e-6 dan 7 dan 8 serta bekerjasama dengan negara dan pertubuhan berkaitan untuk membina stesenpenyelidikan sains bulan antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker