Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini

19/01/2021 04:26 PM

Oleh Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 19 Jan — Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Februari ini.

Ketua Sub Komite Investigasi Kecelakaan Penerbangan, Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Kapten Nurcahyo Utomo berkata pasukan siasatan ketika ini memuat turun dan menganalisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat yang ditemukan pada 12 Jan lepas.

“Kami berharap dalam 30 hari setelah (tarikh) nahas, kami akan mengumumkan laporan awal dan apabila siap nanti, kami akan menyampaikan kepada masyarakat,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata KNKT berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan turut menemui perakam suara kokpit (CVR) bagi membantu analisis data yang diperoleh daripada FDR.

Pasukan siasatan KNKT itu turut dianggotai empat pegawai penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat, empat pegawai syarikat Boeing, dua pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) dan seorang dari General Electric, syarikat pembuat enjin pesawat itu.

Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas jam 2.36 petang pada 9 Jan lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker