ISTERI SELAMAT BERSALIN – AWIE TIMANG ANAK KEENAM, BAYI LELAKI

“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu. Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulis penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie apabila dia selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam.

Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada malam tadi. Perkongsian status itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalan. Malah, di sebalik banyak ucapan tahniah yang diterima turut mendedahkan Awie menimang cahaya mata lelaki.

Ktika dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp, Awie, 53, bagaimanapun belum memberi sebarang komen sehingga kini. Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.

Awie yang berkahwin dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, pada Oktober 2016 itu turut memohon doa semoga segala urusan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada sidang media filem pertama syarikatnya Rumah Produksi Merah berjudul ’10 Tips Tipu Bini’ awal Januari lalu, Awie mengakui bersyukur, gembira dan menyifatkannya mendapat rezeki berganda.

“Naskhah ini ibarat rezeki yang lahir pada Januari. Filem ditayangkan pada 7 Januari manakala, anak pada pertengahan bulan. Alhamdulillah, ini dua rezeki Allah beri kepada saya. Saya doa banyak-banyak moga filem ini berjaya.

“Saya tak sangka percaturan Allah sangat baik, yang mana filem ini tayang pada bulan sama bayi saya akan dilahirkan. Kalau tak bersyukur lagi, tak tahulah,” katanya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

USIA 52 BAKAL TIMANG ANAK KEENAM – AWIE MAHU KEKAL ‘FIT’, ENGGAN DISANGKA ‘ATUK’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker