Mesyuarat pegawai-pegawai kanan tetap hala tuju ekosistem digital ASEAN

20/01/2021 03:45 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Hari pertama Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) hari ini melihat kaedah untuk mewujudkan satu ekosistem yang inklusif, selamat dan boleh dipercayai untuk perkumpulan itu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat secara maya itu menyatakan perbincangan memberi tumpuan kepada keselamatan siber, 5G, penerimagunaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025), pembangunan modal insan, celik digital, dan esosistem ‘over the top’ (OTT).



“Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek itu juga melihat semula pelan induk terdahulu, Pelan Induk ICT ASEAN 2020 (AIM) 2020.

“Mesyuarat hari pertama secara konsensusnya bersetuju untuk membawa apa yang telah dibincangkan untuk pertimbangan Menteri-Menteri ASEAN pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN yang pertama (ADGMIN1),” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat ADGSOM secara maya itu disertai oleh kesemua negara anggota ASEAN yang dihoskan Malaysia dengan sekretariat ASEAN bertindak sebagai pemudah cara.

ADGSOM1 bersambung esok dengan telesidang bersama rakan dialog – Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India dan Kesatuan Eropah (EU) serta Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).



Mesyuarat kemudian akan diteruskan dengan ADGMIN1 pada Khamis yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyampaikan ucaptama secara maya.

Mesyuarat yang bertemakan ‘ASEAN – Komuniti Yang Dihubungkan Secara Digital’ itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



Dasar aliran data bebas ke seluruh ASEAN perlu diwujudkan segera – Pakar Ekonomi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button