Peniaga ditahan dipercayai cuba sogok ketua jabatan kerajaan


S. Karunanithy

20/01/2021 02:17 AM

SANDAKAN, 19 Jan — Seorang peniaga ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, dipercayai cuba menyogok seorang ketua jabatan kerajaan sebanyak RM2,000, bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan hari ini.

Ketika mengesahkan kejadian pada 15 Jan itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy berkata suspek lelaki berumur lingkungan 50-an itu, ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM.



“Suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

“SPRM memuji tindakan ketua jabatan tersebut, yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, iaitu kewajipan untuk melaporkan transkasi penyogokan,” katanya.

Karunanithy turut meminta semua penjawat awam di Sabah, supaya tampil membuat laporan dengan SPRM sekiranya terdapat sebarang penyogokan wang rasuah, semasa menjalankan tugas.

Dua lelaki miliki ganja cuba sogok polis ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker