Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan

19/01/2021 10:59 AM

WASHINGTON, 19 Jan — Presiden Donald Trump menarik balik sekatan perjalanan terhadap Schengen Area, United Kingdom (UK), Ireland dan Brazil yang dikenakan susulan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih.

“Proklamasi 9993 pada 11 Mac 2020 (Penangguhan Kemasukan Sebagai Imigran dan Bukan Imigran Orang Tambahan Tertentu yang Berisiko Menularkan COVID-19, 2019), Proklamasi 9996 14 Mac 2020 …, dan Proklamasi 10041 dari 24 Mei 2020 …, dengan ini ditamatkan berkuat kuasa 12.01 pagi (waktu timur) pada 26 Januari 2021, ” kata pengisytiharan itu.

Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.



“Kerjasama ini bertentangan dengan sikap kerajaan dan syarikat milik China dan Iran, yang berulang kali gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan awam AS dan berkongsi maklumat tepat mengenai penyebaran virus,” menurut proklamasi tersebut.

“Sehubungan itu, Setiausaha (Kesihatan) telah menasihati saya untuk menarik semula sekatan terhadap Kawasan Schengen, UK, Ireland dan Brazil, manakala sekatan ke atas China dan Iran dikekalkan. Saya bersetuju dengan Setiausaha bahawa tindakan ini adalah cara terbaik untuk terus melindungi rakyat Amerika daripada COVID-19 selain membolehkan perjalanan disambung semula dengan selamat,” kata Trump.

AS “tamatkan” hubungan dengan WHO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker