Bimbang rusuhan, Youtube sekat seminggu lagi saluran Trump

20/01/2021 12:58 PM

WASHINGTON, 20 Jan — Youtube menyekat muat naik dan komen di saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu lagi ekoran kebimbangan keganasan menjelang pelantikan penggantinya Joe Biden, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Berikutan kebimbangan potensi berlakunya keganasan, saluran Donald J. Trump disekat daripada memuat naik video baharu atau siaran langsung selama minimum tujuh hari.

“Seperti yang telah kami kongsi sebelum ini, komen akan terus dinyahaktif daripada video di saluran itu,” kata syarikat induk Youtube, Google, dalam satu kenyataan.

Saluran Youtube Trump telah disekat daripada memuat naik kandungan dan interaksi baharu dengan penonton selepas rusuhan 6 Januari di Capitol Hill Amerika Syarikat (AS), apabila penyokongnya menyerbu bangunan dewan perundangan persekutuan dalam usaha menghalang Perwakilan mengesahkan kemenangan pilihan raya Biden.

Trump dituduh menghasut kerana ucapan berapi-apinya berhampiran Capitol Hill, namun menafikan tuduhan tersebut. Ia mengakibatkan rusuhan dan menyebabkan lima kematian.

Biro Penyiasatan Persekutuan memberi amaran minggu lalu mengenai tunjuk perasaan bersenjata yang dirancang pada upacara pelantikan Biden di Washington, Rabu dan di semua 50 negeri AS. Ribuan pasukan Pengawal Negara dan penguat kuasa undang-undang telah dikerahkan untuk mengawal ibu kota.

Sugu Pavithra padam semua video masakan di Youtube

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker