Bom tangan ditemukan di Skudai

20/01/2021 10:18 PM

JOHOR BAHRU, 20 Jan — Sebutir bom lama jenis ‘hand grenade’ yang berada dalam keadaan berkarat ditemukan orang awam di pangkal sebatang pokok di tepi jalan sekitar Taman Universiti, Skudai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan objek itu pada pukul 11 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati bom berkenaan merupakan bom lama jenis hand grenade PRB 36 yang berukuran panjang 4.5 inci dan ukur lilit lapan inci.



Menurutnya, susulan daripada itu tindakan pemusnahan dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 5 petang.

“Bom berkenaan dimusnahkan dengan teknik ‘high order’. Ia dijalankan tanpa ada sebarang insiden berlaku sama ada melibatkan kehilangan nyawa ataupun kerosakan harta benda,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiada motif dan ancaman jenayah dilaporkan susulan penemuan bom berkenaan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang menjumpai sebarang objek seperti bom atau bahan letupan supaya tidak menyentuh atau mengalihkannya.



“Sekiranya menjumpai objek seperti itu, orang ramai hendaklah dengan kadar segera melaporkan penemuan objek tersebut ke balai polis berhampiran,” katanya.

Sebuah objek menyerupai bom ditemukan di Hulu Langat – Polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker