China terus ungguli pasaran e-niaga dunia

20/01/2021 02:36 PM

BEIJING, 20 Jan — Jumlah jualan runcit dalam talian di China mencatatkan sebanyak RMB9.8 trilion (RM5.76 trilion) pada 2020, meningkat 14.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, memetik laporan Kementerian Perdagangan China pada Selasa.

Menurut laporan itu, jumlah e-niaga meliputi 24.9 peratus dalam jumlah jualan runcit seluruh negara, sekali gus menjadikan China sebagai pasaran jualan runcit dalam talian terbesar dunia untuk lapan tahun berturut-turut.



Sementara itu, faktor pembangunan pelbagai kaedah baharu seperti penghantaran tanpa sentuh, selebriti internet mempromosi barang dalam talian, e-pendidikan, e-perubatan dan e-hiburan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19 yang turut menyumbang kepada pemulihan pengeluaran dan penggunaan serta menstabilkan ekonomi.

Pada masa sama, produk buatan China yang semakin berkualiti, perluasan saluran import, dan penyempurnaan dasar barang bebas cukai turut dikatakan mendorong kepada kejayaan e-niaga di China.

Selain itu, faktor lawatan penduduk China ke luar negara yang terjejas akibat wabak turut menggalakkan lagi penggunaan barang-barang import.

Untuk rekod, jumlah import barang pengguna mencatat RMB1.57 trilion (RM920 bilion) pada 2020 menyaksikan peningkatan 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah import daging, barang hiasan dan kosmetik meningkat lebih 30 peratus.



Pasaran automobil tenaga alternatif China buka peluang baharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button