COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura

20/01/2021 11:30 PM

SINGAPURA, 20 Jan — Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Kementerian itu menyatakan yang mereka bekerja di tempat yang sama dengan Kes 59429, seorang lelaki Penduduk Tetap Singapura yang bekerja di BS Industrial & Construction Supply PTe Ltd.



Lelaki itu telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 18 Jan, menurut kenyataan itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang pas kerja dengan seorang dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng manakala dua ditempatkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

Dengan tiga kes baharu yang berkaitan dengan Kes 59429, mereka telah mewujudkan satu kluster baharu di sini.

Sehingga tengah hari tadi, Singapura mencatatkan sejumlah 40 kes baharu di mana 36 merupakan kes import dan empat kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 59,197 kes.



Sehingga hari ini republik itu telah mengklasifikasikan 2,378 sebagai kes import, 2,311 kes komuniti dan 54,508 kes penghuni asrama pekerja asing.

Dengan kluster baharu berkaitan Kes 59429, ia menjadikan jumlah kluster kini kepada enam.

COVID-19: Singapura catat kematian ke-23



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button