Nigeria bakal terima 100,000 dos vaksin COVID-19 Pfizer pada Februari

20/01/2021 01:10 PM

ABUJA, 20 Jan — Nigeria akan menerima 100,000 dos vaksin Pfizer pada awal Februari, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pihak berkuasa akan memastikan vaksin itu dapat diakses penduduk di luar bandar, kata ketua pengarah Agensi Pembangunan Penjagaan Kesihatan Negara (NPHDA) Faisal Shuaib pada Selasa.

“Fokus utama ialah vaksin dapat diagih ke daerah paling terjejas,” katanya sambil menambah negara ini mempunyai cukup kapasiti untuk penyimpanan vaksin.

Menurut Shuaib, NPHDA sudah memiliki tiga peralatan Ultra Cold Chain (UCC).

“Kapasiti penyimpanan tiga peralatan itu ialah 2,100 liter. Jadi, kita mempunyai lebih daripada mencukupi untuk menyimpan 100,000 dos vaksin,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *